Blogger Widgets

Sunday 15 May 2016

Final artwork yang susah giler babi?



Assalamualaikum


Ok, kali ni alif akan ceritakan final artwork yang seumur hidup alif tak pernah buat. Haha, nak2 masa lect bagi brief pasal. final ni alif demam, datang kelas even pon lembab gagah badan yang tegap ni untuk ke kelas.haha. Kepala berputar, angin kepala tak tentu, muka pucat sambil mendengar lect membebel bagi brief. Haha. Final untuk illustration kali ini ialah lukisan berbentuk 3D! wah, tengah demam2 ni nak 3d bagai. Merepek ahh lect ni, tapi nama pon final kan mestilah berat task tuhh.....

Friday 13 May 2016

Rosyam nor belakon dalam filem tamil kabali



wah! datuk rosyam nur berlakon dalam filem tamil yang terkenal! bersama Rajinnikanth. saya baru sahaja tengok trailer filem kabali ni ada memampar kan...

Thursday 12 May 2016

nuffnang tak boleh log in


assalamualaikum


tak boleh log in. saya baru sahaja daftar nuffnang, then da siap smua saya pon sign in tapi ini yang keluar. kecewa nya, nuffnang tak boleh log in. baru saja...

Saturday 7 May 2016

Segmen Bloglist Azhafizah.com Mei & Jun 2016

Bulan April bakal berakhir, bloglist untuk March & April akan di gantikan dengan bloglist baru untuk bulan Mei & Jun. Berminat untuk masuk bloglist blog sihatimerahjambu ni, boleh sertai segmen ini. Segmen simple je. Cuma perlu buat entry dan copy & paste je. Pemilihan 10 blog melalui random.org.

Klik banner untuk sertai  Segmen Bloglist Azhafizah.com Mei & Jun 2016
http://www.azhafizah.com/

TAMAT : 28 APRIL 2016

Langkah Penyertaan Segmen
1. Buat entry bertajuk : Segmen Bloglist Azhafizah.com Mei & Jun 2016
2. Copy & paste coding dalam kotak bawah ni di ruangan HTML entry
3. Publish dan tinggalkan link entry dalam kotak komen di entry asal Segmen Bloglist Azhafizah.com Mei & Jun 2016 

  Terima kasih atas sokongan semua ^__^

Friday 6 May 2016

DANGA BAY, JOHOR BHARU



Danga bay merupakan tempat rekreasi yang terkenal di JOHOR BHARU. Danga bay terletak berdekatan dengan Pantai Lido. Selain itu, tempat ini lebih kepada hiburan seperti Fun fair tapi disini lebeh menarik!

Sejak saya bergelar student IPTA banyak tempat dah saya travel kat johor ni tu pon sebab nak buat research assignment. Kalau tak dulu duduk rumah je, putih kan kulit. Haha!






So, danga bay ni sesuai di lawati pada waktu petang dan malam sebab pada waktu tu la semua lampu-lampu, permainan dan gerai dibuka. Pasti nya anda akan seronok melihat permandangan warna warni apabila berkunjung di sini pada waktu malam. Suhu di sini sejuk dan berangin bila menjelang malam hari.


Tidak dikena kan sebarang bayaran kalau nak masuk Danga bay yang menarik ni tapi setiap game atau permainan di kenakan bayaran tertentu. Jika anda penat berjalan di sini ada menyediakan perkhidmatan basikal. Apa yang menariknye disini basikal boleh naik 3 hingga 4 orang! So, pandai2 la anda naik. Jangan sampai jatuh sudah la :)






antara permainan yang ada kat sini!




tempat ini sesuai dibawa anak-anak untuk bermain pada hujung minggu!








hati-hati landasan kereta api ada di mana-mana sahaja di fun fair. awasi pergerakan anak anda :)







kat sini pon ada buka gerai, jual asam dan kedai makan pon ada! tapi ta sure lah murah atau tak. huhu








dengan berbekal kan KAMERA NIKON saya pon mulakan kerja2 sambilan sebagai photographer, cewah. haha! gambar untuk kenangan dan item untuk assigment.






acah2 sikit tu perlu kadang kala, haha. hampir 2 jam kami abes kan masa disini!


sememang nya Danga bay satu tempat yang menarik untuk di kunjugi di johor pada waktu malam! senang citer sebuah tempat yang best untuk makan2 dan santai2.




tq for reading entry, anything can comment!




Thursday 5 May 2016

TASIK BIRU DI MALAYSIA



ramai yang tidak tahu kewujudan TASIK BIRU yang indah bagaikan disembunyikan oleh bunian kayangan yang terletak di bandar seri alam, masai, johor. Bukan sahaja masyarakat malaysia bahkan ade segelintir penduduk di negeri johor tidak tahu tentang kewujudan tasik ini.

Actually, saya sendiri pon tidak tahu langsung tentang kewujudan tasik biru ini. kebetulan saya sedang mencari tempat yang menarik untuk melakukan shooting assigment photography. Kebetulan, Nak jadi kan cerita ade classmate yang rekemen kat tempat ni. Setahu saya Tasik ini tiada nama yang rasmi mungkin hanya budak2 yang tahu memanggilnya Tasik biru.

jika pertama kali anda jejak kan kaki di tasik biru pasti nya mata anda akan terpukau dengan keindahan panorama yang begitu menakjubkan. mana taknya tasik yang berwarna biru ini sukar untuk ditemui di MALAYSIA.





sesiapa yang mahu ke atas melihat keindahan tasik biru mesti bermandi peluh cewahh, takde lah. just anda perlu memanjat tebing2 untuk ke atas. hati2 kerana kawasan itu tnggi.

Malangnya, tasik ini merupakan kawasan larangan kerana mempunyai gaung atau tebing yang tinggi serta berbahaya. lagi pun tidak tahu tasik yang berwarna biru itu semula jadi atau pon tidak.
mungkin sebab itu tasik ini tidak dijadikan pusat pelancongan even tasik ni cantik dan indah.






tebing yang sangat bahaya.!






seorang student hampir maut jatuh ke tabing kerana bermain main (acah2) di atas tebing mujur tidak sampai ke hujung tebing sgt. (member saya tuh,ceh) nasib ta arwah. maka keselamatan mesti di ambil berat.








perfecttttt jika membuat shotting gambar di sini.... acah2 hehe





selfie2 gak jatuh mati oooo...haha









Di bawah pulak bnyak batu2 besar....









hargai lah dan nikmatilah ciptaan ilahi. balik dulu !
anything can comment







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...